Breaking News
Loading...


LAPORAN AKTIVITI  PERSATUAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
 PULAU PINANG (PPSSPP) BAGI TAHUN  2011/2012

PERTANDINGAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH 2010 PERINGKAT NEGERI
Pertandingan ini dibahagikan kepada 5 kategori iaiatu, Kategori Sekolah Menengah Bandar, Sekolah Menengah Luar Bandar, Sekolah Rendah Bandar, Sekolah Rendah Luar Bandar dan Sekolah Kurang Murid. Penilaian telah dilaksanakan mulai 21 Februari hingga 11 Mac 2011. Keputusan bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
            Kategori Sekolah Menengah Bandar           :   SMK Jelutong (Johan)
            Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar   :          SMK Teluk Bahang (Johan)
            Kategori Sekolah Rendah Bandar                  :   SJKC Jit Sin B (Johan)
            Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar       :   SK Jawi (Johan)
            Kategori Sekolah Kurang Murid              :   SJKT Ladang Changkat (Johan)

BAZAR BUKU PULAU PINANG 2011
Pertandingan Melukis Imitasi Kulit Buku Sekolah-sekolah Menengah
Pertandingan Melukis Imitasi Kulit Buku merupakan aktiviti anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan PKG Teluk Air Tawar sempena Bazar Buku Pulau Pinang 2011 bertempat di Dewan Millenium Kepala Batas. PKG Teluk Air Tawar telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan aktiviti tersebut yang melibatkan sekolah-sekolah menengah Daerah Seberang Perai Utara pada 04 April 2011. Para peserta dapat mempamerkan bakat dan kreativiti dalam penghasilan lukisan di samping menggalakkan mereka membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis daripada buku-buku yang diimitasikan. Melalui pertandingan ini juga para peserta dapat membina keyakinan diri serta semangat berdaya saing sesama mereka.

Pertandingan Pidato Spontan Dalam Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Menengah
Pertandingan Pidato Spontan Dalam Bahasa Melayu merupakan aktiviti anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan PKG Kepala Batas sempena Bazar Buku Pulau Pinang 2011 bertempat di Dewan Millenium Kepala Batas. PKG Kepala Batas telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti tersebut yang melibatkan sekolah-sekolah menengah Daerah Seberang Perai Utara pada 05 April 2011. Pertandingan ini bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam menyampaikan pidato secara spontan, bersahaja dan meyakinkan di samping membina keyakinan diri dalam kalangan murid untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan mendengar dalam Bahasa Melayu. Pertandingan yang disertai sebanyak 14 buah sekolah menengah telah dimenangi oleh Luqmanul Hakim bin Abdul Razak dari SMKA Al-Irshad, Pokok Sena.

Pertandingan Bicara Buku Dalam Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Rendah Tahap Dua
Pertandingan Bicara Buku Dalam Bahasa Melayu merupakan aktiviti anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan PKG Penaga sempena Bazar Buku Pulau Pinang 2011 bertempat di Dewan Millenium Kepala Batas. Pertandingan Bicara Buku ini diadakan bertujuan mempromosi bahan bacaan yang telah dibaca oleh murid-murid kepada khalayak ramai. Ia juga membantu murid-murid dalam mengembangkan bakat dan ketokohan serta kepimpinan mereka dalam bidang bahasa. Selain itu, pemberian markah NILAM bagi kategori Rakan Pembaca dapat direkodkan oleh Guru NILAM kepada murid-murid mereka yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Johan bagi pertandingan ini ialah Muhammad Yassirr bin Hamzan dari SK Permatang Janggus, diikuti oleh Nur Farisya Ashikin binti Mohd Fadzli dari SK Mak Mandin di tempat kedua dan Ain Zinneerah binti Ishak dari SK Pokok Sena di tempat ketiga.


Pertandingan Bercerita Dalam Bahasa Melayu Sekolah-sekolah Rendah Tahap Dua
Pertandingan Bercerita Dalam Bahasa Melayu merupakan aktiviti anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan PKG Butterworth sempena Bazar Buku Pulau Pinang 2011 bertempat di Dewan Millenium Kepala Batas. PKG Butterworth telah melaksanakan aktiviti tersebut pada 08 April 2011 yang melibatkan murid-murid tahap dua sekolah-sekolah rendah Daerah Seberang Perai Utara. Pertandingan ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid dalam mengembangkan bakat dan ketokohan serta kepimpinan mereka dalam bidang bahasa. Selain itu, pemberian markah NILAM bagi kategori Rakan Pembaca dapat direkodkan oleh Guru NILAM kepada murid-murid mereka yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Keputusan pertandingan bercerita ini telah dimenangi oleh Nur Ain Madihah binti Harun dari SK Sungai Dua manakala tempat kedua disandang oleh Nuratiqah binti Zaharim dari SK Kuala Perai dan tempat ketiga dimenangi oleh Nurul Syafikah binti Abdul Mutalib dari SK Permatang Tok Jaya.

PEMILIHAN DAN ANUGERAH TOKOH NILAM KEBANGSAAN 2011
Pemilihan Tokoh NILAM dan Majlis Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan 2011 telah diadakan pada 14 Julai 2011 hingga 17 Julai 2011 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor dan Hotel Quality Shah Alam. Negeri Pulau Pinang telah diwakili oleh empat orang murid mengikut kategori yang telah ditetapkan iaitu ;

i.         Nur Syahirah binti Abdul Rahim         - SMKA Al-Irshad
           ( Kategori SM Luar Bandar )
ii.         Nurlynnie Azzureenie binti Abdullah   - SMJK Perempuan China P.Pinang
           ( Kategori SM Bandar )
 iii.        Siti Nur Aisyah binti Zahari                 - SK Paya Keladi
( Kategori SR Luar Bandar )
iv.       Tan Su Fern                                        - SJKC Shih Chung Cawangan
( Kategori SR Bandar )

Para peserta Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan 2011 juga telah dibawa menyertai aktiviti jejak maklumat di Taman Seni Islam dan Muzium Sultan Alam Shah di Bandaraya Shah Alam pada 16 Julai 2011 mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Acara kemuncak Majlis Anugerah NILAM Kebangsaan 2011 berlangsung di Kayangan Ballroom, Hotel Quality, Shah Alam. Majlis telah dihadiri oleh YB Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan 2011.

PEMILIHAN TOKOH NILAM NEGERI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2011
Pemilihan Tokoh NILAM peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2011 telah diadakan pada 19 September 2011 bagi kategori sekolah rendah dan 20 September 2011 bagi kategori sekolah menengah. Proses pemilihan tersebut diadakan di Bilik Pinang, Bilik Aman dan Bilik Jerejak, BTPN Pulau Pinang. Aktiviti ini dilaksanakan oleh pihak BTPN Pulau Pinang dalam usaha mencari tokoh murid NILAM yang akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan pada tahun 2012. Keputusan di akhir pemilihan adalah seperti berikut ;
i.              Nur Farah Aina binti Anuar                 - SMKA Al-Irshad
( Kategori SM Luar Bandar )
ii.             Tan Wei Yong                                     - SMK Seri Nibong
( Kategori SM Bandar )
iii.            Nuha Atina binti A.Ghafar                   - SK Jawi
( Kategori SR Luar Bandar )
iv.           Tan Jia Qi                                           - SJKC Shih Chung Cawangan
( Kategori SR Bandar )

KEM PENULIS MUDA 2011
Kem Penulis Muda 2011 merupakan aktiviti galakan membaca anjuran bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang. Program tersebut telah dilaksanakan pada 21 dan 22 Oktober 2011 bertempat di Bilik Pinang, BTPN Pulau Pinang. Kem ini bertujuan mencungkil bakat-bakat murid dalam bidang penulisan berita, rencana dan puisi ke arah menyemai sikap cintakan bahasa Melayu dan Kesusasteraan. Selain itu, program ini memberi idea kepada guru-guru pengiring untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti sedemikian di sekolah masing-masing. Seramai 76 orang murid tingkatan tiga dan empat dan 20 orang guru pengiring dari 20 buah sekolah-sekolah menengah terpilih di Pulau Pinang terlibat dalam Kem Penulis Muda 2011. Encik Abdul Nasirbin Mohd Razali, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara telah sudi hadir merasmikan kem tersebut.

KEMBARA LITERISI MAKLUMAT 2011
Kembara Literasi Maklumat 2011 merupakan aktiviti galakan membaca dan kemahiran mencari maklumat anjuran bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Program tersebut telah dilaksanakan pada 28 hingga 30 Oktober 2011 bermula dari BTPN Pulau Pinang ke sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kembara ini bertujuan mendedahkan sesuatu kemahiran yang digunakan apabila maklumat tertentu diperlukan, di samping membolehkan para peserta mencari dan memperoleh maklumat dalam apa jua format dan menggunakan maklumat tersebut secara aktif.Seramai 72 orang murid terlibat dalam Kembara Literasi Maklumat 2011 terdiri daripada sebahagian murid-murid tahap dua sekolah-sekolah rendah di Negeri Pulau Pinang. Mereka merupakan antara AJK dan ahli Kelab Pusat Sumber Sekolah masing-masing. Selain itu, para peserta turut diiringi 10 orang fasilitator dan dua orang urus setia dalam program ini. Antara lokasi kembara ialah di KL Sentral, Pusat Sains Negara, Planetarium Negara, Pasar Seni dan Masjid KLCC.






AKTIVITI  PERSATUAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
 PULAU PINANG (PPSSPP) BAGI TAHUN  2009/2010


1.         KEM KEPEMIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH
Kem Kepemimpinan  pengawas pusat sumber sekolah , telah dilaksanakan pada 25 Februari 2009 dengan kerjasama USM Transkrian. Sebanyak tujuh buah sekolah menengah di kawasan Pusat Kegiatan Guru Nibong Tebal telah mengambil bahagian yang melibatkan seramai 120 orang pegawas pusat sumber sekolah dan 10 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM). Peserta telah didedahkan tentang tugas pengawas pusat sumber, proses teknik bahan dan promosi pusat sumber. Ianya merupakan program permuafakatan yang dijalankan bersama dengan IPTA dan pengawas pusat sumber dapat mendalami ilmu keperpustakawanan dengan berkesan.

2.         BENGKEL PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH      
Bengkel ini telah diadakan pada 13 -15 APRIL 2009 (ISNIN – RABU) bertempat di PKG Nibong Tebal. Seramai 12 orang GPM dan lapan orang PTP PKG telah mengambil bahagian. Objektif bengkel ini adalah membina enam fail penilaian Pusat Sumber Sekolah mengikut intrumen Penilai Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan. Sekolah dapat melihat kekurangan dan membuat penambah baikan dari penyediaan enam buah fail ini.  Selain itu, bengkel ini juga adalah sebagai persediaan buku pelaporan untuk mesyuarat agung kali keenam PPSSPP.

3.         MESYUARAT AGUNG PPSSPP KALI KEENAM
Mesyuarat Agung PPSSPP kali keenam, telah berjaya dilaksanakan pada 16 APRIL 2009 (Khamis) bertempat di ILP Arumugam Pillai, Nibong Tebal. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Suhaimi bin Saidin  (Timbalan YDP) dan kehadiran ahli adalah seramai  468 orang yang terdiri dari pegawai JPN, PPD, BTPN, PKG, Pengetua, Guru Besar, GPM serta ahli individu. Mesyuarat berjalan lancar dengan perbentangan minit mesyuarat yang lalu, laporan tahunan dan laporan kewangan persatuan.

4.         TAKLIMAT PEMBANGUNAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
Program ini telah dijalankan pada 16 APRIL di ILP Arumugam Pillai, Nibong Tebal. Ahli persatuan yang hadir telah mendengar taklimat ini yang dijayakan oleh ;
§  Guru Besar SK Sungai Acheh
§  Guru Besar SK Bagan Jermal
§  Pengetua SMKA Nibong Tebal
§  Pengetua SMK St George Pulau Pinang
Ianya lebih merupakan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam melahirkan Pusat Sumber Sekolah yang berjaya di peringkat negeri dan peringkat kebangsaan.

5.         MAJLIS ANUGERAH PSS DAN NILAM PERINGKAT NEGERI
Majlis  Anugerah ini telah berjaya dijalankan pada 16 APRIL 2009, di ILP Arumugam Pillai, Nibong Tebal. Penghargaan telah diberikan kepada pemenang  bagi kategori PSS Cemerlang, PSS Harapan, Hakim dan Tokoh NILAM negeri. Dua anugerah khas telah diberikan kepada PPD Pengurusan PSS Terbaik dan PKG yang banyak melahirkan PSS Cemerlang di peringkat negeri bagi tahun semasa. Majlis telah dirasmikan oleh  yang berbahagia Tuan Haji Md Daud bin Hasanuddin mewakili Pengarah JPN Pulau Pinang.



6.         BENGKEL KHIDMAT BANTU PSS KE PERINGKAT KEBANGSAAN
Bengkel  khidmat bantu dan khidmat nasihat kepada sekolah yang mewakili negeri Pulau Pinang  peringkat kebangsaan bagi tahun 2009 telah dilaksanakan sepanjang bulan SEPTEMBER 2009. Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, PKG dan GPM setempat telah terlibat. Sumbangan sebanyak RM500.00 telah diberikan kepada sekolah terlibat iaitu ;
                        i.          SMK Bukit Jambul
                        ii.          SMK Sungai Acheh
                        iii.         SK Seri Tasek
                        iv.        SK Taman Senangan
Keempat-empat  pusat sumber ini telah dinilai oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan OKTOBER 2009.

7.         BENGKEL PENJILIDAN BAHAN BUKU
Bengkel ini telah dijalankan pada 13-15 OKTOBER 2009 di BTPN Pulau Pinang. Ia melibatkan 20 orang GPM seluruh Pulau Pinang dan 20 orang Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru. Ia dijalankan dengan kerjasama dari IPG, Kampus Sultan Abd Halim. Tujuan bengkel ini adalah untuk;
§  Memahami proses penjilidan bahan cetak
§  Membaikpulih bahan bercetak yang rosak.
§  Mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi dalam menjilid bahan cetak
§  Dapat menyelenggarakan bahan perpustakaan mengikut “Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 - Akta 331”.
Ianya akan diteruskan dalam beberapa fasa pada tahun 2010, yang mana  dapat melibatkan lebih ramai GPM.

8.         PROGRAM INFO HUNT
Program “Info Hunt” ini merupakan satu aktiviti yang telah dianjurkan bersama antara pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Utara, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan Pusat Kegiatan Guru Daerah Seberang Perai Utara. Program ini melibatkan para peserta yang terdiri daripada pengetua dan guru besar dari Daerah Seberang Perai Utara. Program ini berkonsepkan ala ‘explore race’ dan disusun berdasarkan segmen-segmen yang mencabar minda dan kreativiti setiap peserta bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat di dalamnya. Sekolah-sekolah yang terlibat dalam program ini terdiri daripada Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah di Daerah Seberang Perai Utara. Ianya telah dijalankan pada 6 Ogos 2009 bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

9.         BENGKEL PEMBINAAN FAIL TEGAK
Bengkel pembinaan fail tegak / keratan akhbar telah dijalankan dengan jayanya di Pusat Sumber BTPN Pulau Pinang melibatkan 25 orang Pegawai Teknologi Pendidikan . Ianya telah dijalankan pada 17-19 NOVEMBER 2009 dengan kerjasama IPG, Kampus Sultan Abd Halim. Peserta berhasil membina enam tema fail tegak dan ianya akan diteruskan di peringkat Pusat Kegiatan Guru masing-masing.

10.       MESYUARAT JAWATANKUASA PPSSPP
Jawatankuasa PPSSPP telah bermesyuarat sebanyak dua kali sepanjang tahun 2009, iaitu pada 23 Februari 2009 dan 15 Disember 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat , BTPN Pulau Pinang. Kedua-dua mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDP PPSSPP, iaitu Cik Fatimah bt Othman. Tahun 2010 dua kali mesyuarat telah dijalankan iaitu pada 21.01.2010 dan 22. 04.2010.

11.       KUTIPAN YURAN KEAHLIAN
Kutipan yuran telah berjaya dipungut semasa mesyuarat agung kali keenam . Sekolah-sekolah dan ahli individu tidak mempunyai masalah melunaskan yuran bagi menjayakan aktiviti yang dirancang oleh PPSSPP untuk pembangunan pusat sumber sekolah.

12.       PERTANDINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT NEGERI 2009
Penilaian telah dijalankan pada 02 hingga 28 Februari 2010. Lima kategori telah dipertandingan dan keputusan penilaian adalah ;

Kategori
Pencapaian
SM Bandar
Johan (SMK Tinggi Bukit Mertajam)
Naib Johan (SMK Bertam Indah)
Ketiga (SMK Pauh Jaya)
Saguhati ( SMK Convent Green Lane)
SM Luar Bandar
Johan (SMK Tunku Abd Rahman)
Naib Johan (SMKA Al-Irysad)
Ketiga (SMK Guar Perahu)
Saguhati ( SMK Telok Kumbar)
SR Bandar
Johan (SK Bertam Indah)
Naib Johan (SK Taman Senangan)
Ketiga (SK Tanjong Bunga)
Saguhati ( SJKC Moh Ghee Pusat)
SR  Luar Bandar
Johan (SK Sungai Acheh)
Naib Johan (SK Keledang Jaya)
Ketiga (SK Jawi)
Saguhati ( SK Penaga)
Sekolah Kurang Murid (SKM)
Johan (SJKC Yu Chye)
Naib Johan (SJKT Ladang Changkat)
Saguhati (SJKC Shih Chung Pusat)
Saguhati ( SJKT Ladang Transkrian)


13.       PENJUALAN BUKU RAKAN PEMBACA
Buku Rakan Pembaca telah berjaya dijual ke sekolah-sekolah ahli bagi tujuan program NILAM dan RAKAN PEMBACA sebanyak 2200 naskah.

14.       PEMBINAAN SUDUT PPSSPP DAN ICT
Sudut   PPSSPP dan ICT (dua buah komputer) yang mempunyai talian internet ditempatkan di Pusat Sumber BTPN Pulau Pinang. Ianya telah dirasmikan oleh YDP PPSSPP pada 23 April 2010. Tujuan pembinaan sudut ini adalah untuk memberikan kemudahan kepada ahli khasnya (warga pendidik)  dan pengunjung BTPN amnya.

15.          LAWATAN PENANDA ARAS KE PSS KEBANGSAAN 2009 (KEDAH DAN PERLIS)
Program ini telah dijalankan dengan kerjasama JPN dan PPD di Pulau Pinang. Ianya telah dilaksanakan pada 1 dan 2 MAC 2010. Destinasi adalah :
                        i.          SK Santan Perlis
                                    (Johan PSS Kebangsaan SR Luar Bandar 2009)
                        ii.          SMK Convent Alor Setar
(Johan PSS Kebangsaan SMK Bandar 2009)
                       iii.          SMK Tunku Bendahara , Kodiang Kedah
(Johan PSS Kebangsaan SMK Luar Bandar 2009)
Seramai 58 orang peserta terdiri dari PPD, AJK Persatuan dan GPM yang terpilih telah turut serta dalam lawatan penanda aras ini.

16.       PENERBITAN BULETIN PPSSPP BIL 1/2010
Persatuan telah berjaya menerbitkan buletin PPSSPP bil 1/2010, pada bulan April 2010. Buletin ini telah dicetak sebanyak 500 naskah dan diedarkan kesemua sekolah-sekolah di Pulau Pinang, JPN, BTPN dan semua PPD.
LAPORAN PROGRAM MEMBACA 1MALAYSIA 2009
(Program ini telah dilancarkan pada Oktober 2009)


BIL
KAWASAN PKG
JUMLAH
PENGLIBATAN
PERATUS
1
AIR ITAM
26
18
69.23
2
ALMA
23
20
86.96
3
BALIK PULAU
22
17
77.27
4
BAYAN LEPAS
30
21
70
5
BUKIT MERTAJAM
20
17
85
6
BUTTERWORTH
18
16
88.89
7
DATO’ KERAMAT
20
20
100
8
GELUGOR
28
16
57.14
9
KELAWAI
17
11
64.71
10
KEPALA BATAS
20
16
80
11
NIBONG TEBAL
24
22
91.67
12
PENAGA
12
8
66.67
13
PENANTI
21
18
85.71
14
SEBERANG JAYA
22
22
100
15
SUNGAI BAKAP
31
31
100
16
TANJUNG BUNGA
19
13
68.42
17
TASEK GELUGOR
23
10
43.48
18
TELOK AIR TAWAR
16
13
81.25
JUMLAH
392
309
78.83


TAKWIM PERSATUAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PULAU PINANG (PPSSPP) 2010

BULAN
TARIKH
AKTIVITI
TEMPAT
SASARAN
BIL PESERTA
JAN
21.01.2010
Mesyuarat PPSSPP Bil 1/2010
BTPN PP
AJK PPSSPP
22 orang
FEB
15-27.02.2010
Pembinaan sudut PPSSPP dan ICT
Pusat Sumber
BTPNPP
AJK PPSSPP
5 orang
02-22.02.2010
Penilaian PSS Peringkat Negeri 2009
Sekolah terpilih
PTP UPSP/PKG/hakim
20 orang

MAC



4.3.2010
Mesyuarat Pesediaan Mesyuarat Agung
Dan Anugerah PSS Peringkat negeri bil 1/2010
BTPNPP
KPP/PP/PTP
25 orang
10-11 Mac 2010
Lawatan ke Kedah dan Perlis ( PSS kebangsaan) 2009
Kedah dan Perlis
AJK PPSSPP/ GPM/PTP
120 orang
23-26.03. 2010
Kursus Asas Pengurusan PSS
BTPN PP
GPM/PTP
100 orang
APRIL








MEI
6.4.2010
Mesyuarat Khidmat Bantu
BTPNPP
UPSP/PKG
22 orang
8.4..2010
Mesyuarat Pesediaan Mesyuarat Agung dan
Mesyuarat Anugerah PSS Peringkat negeri bil 2/2010
BTPNPP
KPP/PP/PTP
25 orang
15.04. 2010
Mesyuarat Agung PPSSPP Kali Ketujuh
Majlis Anugerah PSS Peringkat negeri /NILAM 2009
ILP Nibong Tebal
Pengarah/PPD/Pengetua/GB/BTPN/PKG dll
500 orang
17-21.05.2010
Kursus Pertengahan Pengurusan PSS  
BTPN P.P
GPM/PTP
100 orang
20.05. 2010
Mesyuarat PPSSPP Bil 2/2010
BTPN PP
AJK PPSSPP
22 orang
JULAI
1-30.07.2010
Khidmat Bantu/ nasihat PSS ke Peringkat Kebangsaan
Sekolah terlibat
AJK PPSSPP
4 Sekolah terlibat
27-29.7.2010
Kem Membaca  dan Jejak Maklumat Peringkat Negeri
(PPD Tengah dab Barat Daya)
BTPN P.Pinang
Tokoh NILAM/GPM/PTP
120 orang
OGOS
1-31 .08.2010

Pertandingan Fotografi Kemerdekaan
Sekolah-sekolah P.Pinang
PSS
terbuka
SEPT.

23.09. 2010
Mesyuarat PPSSPP Bil 3/2010
BTPN PP
AJK PPSSPP
22 orang
30.09.2010
Mesyuarat JK Gerakan Membaca Negeri
BTPNPP
AJK Gerakan Membaca Negeri (JPN,PPD,
Pengetua/GB/BTPN/PKG
100 ORANG



OKT.



4-7.10.2010
Bengkel Pengjilidan Bahan Buku 1
(PPD Timur Laut)
PKG Kelawai
GPM
50 orang
11-14.10.2010
Bengkel Pengjilidan Bahan Buku 2
(PPD Utara)
PKG Kepala Batas
GPM
50 orang
18-21.10.2010
Bengkel Pengjilidan Bahan Buku 3
(PPD Selatan)
PKG Nibong Tebal
GPM
50 orang
1- 30.10.2010
Penilaian PSS Peringkat Negeri 2010
Sekolah terlibat
Hakim PSS
Sekolah terlibat

DIS.

16.12 2010
Mesyuarat PPSSPP Bil 4/2010
BTPN PP
AJK PPSSPP
22 orang

0 comments:

Post a Comment